Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah naik kepada RM3,700

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700 manakala kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Menurut Perdana Menteri, hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Saya mendengar keluhan majoriti rakyat yang mendepani cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barangan.

“Isu ini sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

“Tahun depan (2024) pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

“Peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 ringgit dan ia akan disalurkan sebelum Ramadan.

Tambah beliau lagi, tahun ini, kita telah perkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad 200 ribu penerima STR sebanyak 100 ringgit sebulan untuk tempoh enam bulan.

“Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan
myKad.

“Mengambil kira maklum balas yang amat baik, kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu
penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

“STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November
2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Insya-Allah, bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada bulan Februari 2024,” ujar Menteri Kewangan itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat