Penjimatan subsidi akan disalur kepada Sumbangan Tunai Rahmah sebanyak RM10 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan subsidi dalam Belanjawan 2024 dijangka mencecah RM81 bilion berbanding RM64 bilion pada tahun 2023.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, peningkatan ini adalah akibat langkah
Kerajaan mengekalkan harga barangan bersubsidi untuk rakyat meskipun berdepan dengan kenaikan luar jangka harga komoditi dunia.

“Sekalipun barangan bersubsidi membantu rakyat dalam meminimumkan kos sara hidup, tetapi hakikatnya subsidi lebih memanfaatkan golongan kaya dan harga yang murah pula telah meningkatkan ketirisan dan penyeludupan ke luar negara.

“Malah, subsidi turut dihirup oleh lebih 3.5 juta orang asing.

“Maka, mulai tahun hadapan, pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa. Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” umum beliau ketika pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Perkembangan lain, sejak Februari 2022, kerajaan menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi telur dan ayam.

Kata beliau, tujuan asal subsidi sementara ini adalah untuk mengawal harga ayam dan telur yang meningkat mendadak serta
menangani kekurangan bekalan.

“Alhamdulillah, trend semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur telah mula stabil dan harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling kawalan.

“Maka dengan itu, kawalan harga sementara yang ditetapkan akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran.

“Pengumuman terkait langkah-langkah konkrit lanjutan akan dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam masa dua minggu,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat