Belanjawan tertinggi pernah dibentangkan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2024 atau Belanjawan Madani Kedua memperuntukkan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

“Perbelanjaan tersebut melibatkan penambahan siling RMK12 sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.

“Penambahan ini menunjukkan, kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang (expansionary fiscal stance) walaupun pada masa yang sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat,” katanya di Dewan Rakyat pada Jumaat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat