Peranan Rela bukan sekadar jaga majlis kenduri – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bukan sekadar kawal lalu lintas majlis kenduri sahaja tetapi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut berperanan memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara dijaga.

Menurut Datuk Seri Hamzah Zainudin selaku Menteri Dalam Negeri, kementeriannya sentiasa berusaha untuk memperkasa imej RELA agar lebih kompetetif dan lebih tersusun.

“Sempena dengan pelantikan ini suka saya ingatkan kepada semua KPRK (Ketua Perhubungan RELA Kawasan) dan KPR (Ketua Platun RELA) yang dilantik supaya melaksanakan segala peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cekap, profesional dan penuh berintegriti”, ujarnya.

Menurutnya lagi, pelantikan ini harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan bukan hanya jawatan semata-mata.

Dalam majlis Penyampaian Watikah Pelantikan KPRK dan KPR di Kompleks Kementerian Dalam Negeri pada Rabu, sejumlah 113 anggota RELA Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menerima watikah pelantikan sebagai KPRK dan KPR.

Dalam pada itu, Hamzah mengharapkan agar semua anggota RELA bersiap siaga bagi memberikan perkhidmatan terbaik ketika negara memasuki musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku pada November ini sebagaimana dilapor oleh MetMalaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat