PRU-15: Bersatu sedia pertimbang kerjasama dengan Pejuang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti Bersatu tidak menolak kemungkinan jika bekerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menentang UMNO.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, perkara itu hanya melibatkan isu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

“Saya kurang pasti sama ada mereka (Pejuang) begitu serius atau tidak, tetapi jika betul, kita (Bersatu) bersedia mempertimbangkan,” kata beliau menurut laporan Utusan Malaysia.

Idea kerjasama antara dua parti kecil tersebut mula didedahkan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai strategi PRU-15 bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) susulan pertemuan rahsia antara Muhyiddin dan Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan itu dilakukan dua minggu selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri Johor akhir Mac lalu.

Isu tersebut sekali lagi dibangkit Mahathir apabila Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu membayangkan ada kerjasama dengan Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan tiada mana-mana pihak daripada GTA menghubunginya bagi misi menjayakan kerjasama politik itu.s

“Setakat ini belum ada sesiapa hubungi saya jadi saya tidak tahu ada cadangan itu sebab dulu pun pernah ada ura-ura sebegini tetapi kemudian tiada apa-apa berlaku pula,” jelas beliau.

Bagaimanapun ujarnya, jika betul ada permintaan sedemikian, beliau akan membawa isu itu kepada Majlis Tertinggi PN bagi memikirkan sama ada perlu atau tidak kerjasama diwujudkan.

Namun beliau secara berlapik enggan menyatakan kebarangkalian sama ada PN sedia bekerjasama bagi memastikan calon blok itu tidak melawan GTA atau PH yang tentu akan menguntungkan BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat