Patung Lilin Lee Chong Wei Buat Penampilan Di Muzium Madame Tussauds

- Advertisement -

PETALING JAYA – Selepas dua tahun menunggu, bekas pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya membuat ‘penampilan sulung’ dalam bentuk patung lilin di Singapura, hari ini.

Chong Wei muncul atlet Malaysia pertama menghiasi Muzium Madame Tussauds, sekali gus meletakkannya sebaris dengan legenda bola sepak seperti Cristiano Ronaldo dan David Beckham.

Kejayaan memegang rekod menghuni ranking No. 1 dunia selama 349 minggu – 199 minggu secara berturut-turut membolehkan Chong Wei, 38, meraih tempat dalam dewan kemasyhuran.

Beliau juga memiliki 69 gelaran Siri Super, selain mewakili Malaysia sebagai duta muhibah UNICEF.

Pada November 2019, Chong Wei ‘duduk’ selama 6 jam ketika pasukan Madame Tussauds mengambil 200 ukuran atlet berkenaan dengan teliti.

Pada Januari 2020, Chong Wei diumumkan akan diabadikan dalam bentuk patung lilin di muzium Madame Tussauds Hong Kong.

Patung lilin pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu diperagakan dengan jersi tanpa lengan dan seluar pendek berwarna biru beserta sepasang kasut biru dan hijau limau dengan raket di sebelah tangan.

Jersi berkenaan adalah jersi yang sama dipakainya ketika Sukan Olimpik Rio 2016 yang menyaksikan dia meraih pingat perak ketiga dan terakhirnya di temasya terbesar dunia itu.

Chong Wei kini sebaris dengan atlet terkemuka dunia termasuk bintang bola sepak, Cristiana Ronaldo dan David Beckham yang turut diabadikan dalam bentuk patung lilin di muzium berkenaan.

“Saya sangat teruja akhirnya dapat berkongsi patung lilin saya bersama peminat dari seluruh dunia. Pasukan di Madame Tussauds telah memerah keringat untuk menjayakan usaha ini.

“Mereka sungguh teliti dalam menjalankan tugas mereka untuk ‘mencipta semula’ saya, dan saya amat menghargai peluang dan penghormatan ini,” kata Chong Wei.

Patung lilin Chong Wei akan berada di muzium Madame Tussauds Singapura sehingga suku pertama tahun 2023 sebelum ia dipindahkan secara kekal di Hong Kong. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat