Bekas Ahli MPT Bersatu Sertai PKR

- Advertisement -

PETALING JAYA – Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang juga pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, menyertai PKR hari ini.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Khamis.

“Saya mengalu-alukan penyertaan Rais Hussin ke dalam PKR,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu, Rais Hussin mengumumkan keluar daripada Bersatu.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Bersatu, menghantar surat rasmi pengundurannya kepada Bersatu, sehari sebelumnya.

Rais Hussin berkata, beliau mempunyai banyak kenangan indah dengan BERSATU, dari peringkat awal sebelum penubuhannya sehingga berhadapan cabaran besar pada masa kini.

Anwar turut mengumumkan PKR juga telah menerima keanggotaan Mohamed Jidi Yaakob, yang pernah menjadi ketua Umno bahagian Bera dan adalah antara “orang kanan” Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sana.

“Saya juga ingin mengalu-alukan Mohamed Jidi Yaakob, yang merupakan bekas pemimpin akar umbi Umno di Bera, yang adalah bahagian yang dipimpin oleh perdana menteri sementara kita, sebelum beliau (Jidi) menyertai Bersatu,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat