Orang makan cili selalu menggelupur – Zul Ariffin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon Zul Ariffin tidak berniat menyindir sesiapa berhubung ciapan mengandungi ayat ‘makan cili’ seperti yang dikongsi di Twitter, baru-baru ini.

Biarpun ada yang mendakwa perkongsian itu berkait dengan hukuman denda RM30,000 dikenakan terhadapnya atas kesalahan memuat naik kandungan sumbang dalam media sosial, baru-baru ini, Zul berkata, ia hanyalah pesanan biasa tanpa maksud tersirat.

“Ia hanyalah nasihat biasa berkait pemakanan yang saya beri kepada semua orang. Kalau makan cili, tidak perlulah hendak menggelupur.

“Selalunya, orang yang makan cili memang selalu menggelupur,” katanya.

Mengulas jika ada pihak terasa seolah-olah ciapan itu ditujukan kepada mereka, pelakon filem J Revolusi ini berkata, perkara itu di luar kawalannya.

Zul menjelaskan ciapannya hanyalah pesanan biasa mengenai pemakanan, tanpa mengandungi maksud tersirat. Foto IG Zul Ariffin
Zul menjelaskan ciapannya hanyalah pesanan biasa mengenai pemakanan, tanpa mengandungi maksud tersirat. Foto IG Zul Ariffin

 

“Kalau ada yang terasa, maknanya, orang itu sedang makan cili lah (ketawa). Lain kali, bacalah awal ciapan saya itu supaya tidak menggelupur,” katanya penuh makna.

Baru-baru ini, Zul melayangkan ciapan berbunyi:

“Salam, semoga hari yang baik untuk semua.

“Jaga makan dan kurangkan makan cili nanti menggelupur. Minum air yang banyak, baik untuk kesihatan.”

Ditanya apakah dia sedia mempromosikan drama Perempuan Itu yang mengheret dirinya ke kancah kontroversi, Zul mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Saya tidak tahu. Saya sendiri tidak pasti sama ada drama itu akan ditayangkan atau tidak. Kalau ada, Insya-Allah, kita tengok macam mana.

“Apapun, terpulang pada mereka. Jika pihak sana berminat, perkara ini boleh dibawa berbincang.

“Itupun bergantung bagaimana perbincangan itu dilakukan,” katanya ditemui pada majlis pratonton filem lakonannya, Talbis Iblis di sini, malam tadi.

Selain Zul yang membawakan watak Nasir, filem arahan Kabir Bhatia ini menampilkan Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Sherie Merlis, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Filem Talbis Iblis bakal menemui penonton di pawagam di Malaysia dan Singapura mulai 20 Oktober ini.

Pada 4 Oktober lalu, Zul didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial, Mac lalu.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Mengikut kertas pertuduhan, Zul dengan menggunakan Instagram ‘zul_ariffin’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran video yang bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 18 Mac lalu.

Video berkenaan kemudian dilihat pasukan siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyberjaya, kira-kira jam 10.30 pagi pada 21 Mac lalu.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat