‘Tak Bataklah Nak Rentas Negeri’- Rita Rudaini Terkilan Dengan Sikap Netizen Yang Busuk Hati

- Advertisement -

Sebelum ini, Rita Rudaini mengakui tidak kisah namanya digugurkan daripada mana-mana drama termasuk drama 100 episod kerana belum mengambil vaksin.

Terbaharu, Rita akui ‘bingung’ dengan tindakan segelintir pihak yang turut dirasakan dengki terhadapnya dalam satu perkongsian di Insta Story. Malah, dia tidak kisah jika tidak dapat pulang ke kampung ataupun bercuti.

Rita berasa hairan kenapa ada individu yang sudah cukup syarat untuk merentas negeri bersikap busuk hati dan dengki terhadap dirinya. Tambahnya, apa yang penting sekarang hanyalah kesihatan dirinya dan keluarga.

Dalam perkongsian lain, Rita mendoakan agar mereka yang merentas negeri selamat tiba ke destinasi masing-masing. Namun, Rita sempat menyindir netizen yang sering memaki hamun dirinya sebenarnya sedang ‘berzikir’.

Umum mengetahui, Perdana Menteri telah mengumumkan kebenaran merentas negeri kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi pada Ahad lalu.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat