Mesyuarat khas PRN Melaka, Isnin depan – SPR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dibincangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan diadakan Isnin ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat berkenaan diadakan di Double Tree by Hilton Hotel, Melaka pada pukul 10 pagi.

“Mesyuarat Khas tersebut dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Melaka seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju membuat keputusan itu.

Ia selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengutuskan surat pembubaran kepada Tun Mohd Ali susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Empat bekas ADUN itu adalah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat