PM Lancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025.

Menurut Perdana Menteri, pelan ini menggariskan 7 Teras Strategik yang menjadi pemacu kepada pembentukan ‘Budaya Kerja Selamat dan Sihat’ dan membantu meningkatkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

Jelas beliau lagi, Pelan Induk Jangka Sederhana selama 5 tahun ini merupakan kesinambungan pelan yang sama sebelum ini.

Katanya, pelan ini akan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan mengurangkan kadar kemalangan, kematian dan  jangkitan penyakit, sekali gus membantu usaha kerajaan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat.

“Pelan ini dirangka setelah mengambil kira senario pekerjaan kini yang telah berubah. Hari ini, ruang rumah setiap ahli Keluarga Malaysia sudah menjadi ruang pekerjaan, begitu juga di kafe, gerai dan restoran.” Katanya.

Tujuh teras yang diumum Perdana Menteri ialah Pemerkasaan KKP di sektor awam, Pengukuhan amalan peraturan kendiri di tempat kerja, Penggalakan pendidikan & penyelidikan KKP, Pemerkasaan kesihatan pekerjaan, Peningkatan pematuhan KKP di sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Pemantapan KKP melalui teknologi; dan Peningkatan KKP berkaitan jalan raya, sektor informal dan pekerjaan masa hadapan.

Beliau berkata, kesan langsung akibat pengabaian KKP ini, negara boleh mengalami kerugian sebanyak 4 peratus daripada perolehan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun dan apa yang lebih diutamakan kerajaan ialah untuk mengelakkan kehilangan nyawa ahli Keluarga Malaysia.

Disamping itu, penularan pandemik COVID-19 turut memberi kesan kepada hampir semua aspek pekerjaan.

“Pandemik COVID-19 turut memberi kesan kepada hampir semua aspek pekerjaan. Penularan virus di tempat kerja merupakan antara risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan (atau KKP), yang menuntut kerajaan, majikan dan pekerja mengambil langkah mencegah penyebaran penyakit tersebut.

“Melangkah ke hadapan, kita perlu mengharungi persekitaran global yang dijangka semakin kompetitif akibat pandemik ini. Ia menuntut peralihan secara drastik kepada norma baharu pekerjaan, seperti bekerja dari rumah dengan peningkatan aktiviti dalam talian (online).” beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri 2021-2025 (OSH-MP-25) secara atas talian, hari ini.

Turut serta dalam majlis itu ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, timbalannya, Datuk Awang Hashim, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd. Rahman.

 

 

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat