Apek Cina Sokong MP Cameron Jadi Timbalan Speaker

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial, Tan Zee How atau lebih popular dikenali sebagai Apek Cina memberi sokongan penuh terhadap pencalonan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Rami Mohd. Nor sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Melalui hantaran di Facebook miliknya hari ini, beliau berkata ‘sebagai pesara PDRM dan dengan wajah yang menakutkan’ akan membantu Ramli dalam mengendalikan sidang dewan itu nanti.

“Perkasakan Bumiputra Orang Asli, sokong YB Tuan Ramli Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highland sebagai Timbalan Speaker!

“Sebagai pesara PDRM (Polis DIraja Malaysia) dengan pangkat ACP, dengan misai beliau yang begitu segak dan wajah yang menakutkan, bila YB jerit “Duduk YB!”, Jelutong pun akan duduk,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor telah dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu bahawa pencalonan Ramli mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, pencalonan Ramli sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu menjadi detik bersejarah kerana beliau adalah Orang Asli yang pertama dicalonkan bagi jawatan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat