SPR Tetapkan PRK Batu Sapi Pada 5 Disember

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah ditetapkan pada 05 Disember 2020.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, pihaknya telah menerima pemakluman daripada YB Datuk Azhar Azizan Harun, Speaker Dewan Rakyat berhubung dengan kekokosongan luar jangka Parlimen  P.185 Batu Sapi berikut penyandangnya, Mendiang YB Datuk Liew Vui Keong, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) meninggal dunia pada 2 Oktober lepas.

“SPR menetapkan hari penamaan calon pada 23 November 2020 (Isnin), hari mengundi awal 1 Disember 2020 (Selasa) dan hari mengundi pada 05 Disember 2020 (Sabtu).”

“Bagi tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengumuman calon-calon yang bertanding dan tamat pukul 11.59 malam, 4 Disember 2020 pada hari jumaat,” jelas Pengerusi SPR didalam kenyataan medianya.

Abdul Ghani juga berkata, daftar pemilih pilihan raya yang akan diguna pakai untuk PRK Batu Sapi adalah daftar pemilih tambahan ST2/2020 yang telah dikemaskini sehingga 06 Oktober 2020 yang mengandungi 32,962 orang pengundi biasa, 672 orang tentera serta pasangan dan 1,138 orang polis serta pasangan polis Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Pihak SPR akan memanjangkan tempoh masa pengundian selama 30 minit dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang berbanding sehingga jam 5.00 petang pada PRU DUN Sabah baru-baru-baru ini,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat