Azmin sindir Anwar gagal Matematik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini secara sinis menyindir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya gagal Matematik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Twitter hari ini menciap sedemikian merujuk pertemuan Anwar dengan Yang di-Pertuan Agong menyerahkan jumlah sokongan yang dikatakan menyokongnya.

Selepas Anwar mengadap Agong, Azmin menciap “baru habis kuliah matematik” kemudian sejurus sidang media Ketua Pembangkang,beliau mencatat “cikgu beritahu result Matematik- gagal”.

Difahamkan Azmin menciap hantaran sarkastik itu merujuk kepada kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan bahawa Presiden PKR, itu tidak menyerahkan sebarang nama ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam perjumpaan selama 22 minit itu, Anwar hanya menyerahkan jumlah sokongan yang dikatakan menyokongnya.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini,Anwar telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut,” katanya.

Menurut Ahmad, Yang di-Pertuan Agong turut menasihati Anwar agar akur dengan Perlembagaan Negara.

“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat