Anwar terbuka terima sokongan Tun M bentuk kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keterbukaan kepada semua Ahli Parlimrn untuk menyertainya sekiranya berjaya membentuk kerajaan baharu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden PKR itu berkata, kerajaan baharu yang bakal dibentuknya bersifat inklusif dan terbuka kepada semua pihak, selagi mana mereka menyokong dasar dan reformasi institusi yang akan dilaksanakannya.

“Senarai (Ahli Parlimen) yang menyokong akan dikeluarkan kemudian (sama ada Dr Mahathir dan Ahli Parlimen yang menyokong bekas Perdana Menteri itu bersamanya).

“Kerajaan baharu ini adalah inklusif. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk menolak mana-mana pihak untuk menyertainya, asalkan mereka menerima dasar pentadbiran baik dan reformasi institusi.

“Ruang diberi kepada semua,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir dan beberapa Ahli Parlimen yang menyokong bekas Perdana Menteri itu bersamanya, serta sama ada beliau menawarkan perdamaian kepada Dr Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat