PN Bincang Tanding PRK Batu Sapi – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan berbincang dan membuat keputusan parti mana bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia perlu mengambil kira Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baru dibentuk dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

Katanya, pihaknya akan meneliti keadaan yang ada di situ dan parti yang bakal bertanding.

“Kalau Barisan Nasional (BN) kata tak bertanding. PN akan buat keputusan kerana GRS yang kita tubuhkan akan menentukan parti bertanding di situ.

“Ada kerusi-kerusi tertentu termasuklah kerusi Batu Sapi untuk parti-parti tertentu. Jadi mungkin ada parti akan bertanding,” katanya.

Menurutnya, keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi adalah sesuatu yang termaktub dalam perlembagaan.

Katanya, beberapa langkah mungkin boleh diambil seperti memendekkan tempoh berkempen serta kaedah dari rumah ke rumah seperti sebelum ini.

“Bagi saya kalau itu tidak dapat dielakkan dan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mungkin SPR boleh ambil pengalaman daripada PRN Sabah.

“Mungkin SPR boleh perketatkan lagi, pendapat saya mungkin kempen perlu dalam tempoh singkat, kalau boleh ditiadakan kempen dari rumah ke rumah,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau juga berpendapat, perhimpunan yang besar-besaran perlu disekat dan kempen mungkin diadakan menerusi media sosial.

Menurutnya, kaedah itu sudah pun digunakan di beberapa negara maju dan mungkin boleh diteliti SPR.

“Hari mengundi jangan singkat sangat masa, mungkin tambah saluran lebih, dengan cara itu maka tidak bersesak di tempat pembuangan undi. Ini adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat