China Setuju Beli Minyak Sawit Hingga 2023 – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn mengumumkan persetujuan negara China membeli 1.7 juta tan minyak sawit hingga tahun 2023.

Persetujuan itu tercapai selepas pertemuan empat mata antara beliau dengan Menteri Luar China, TYT Wang Yi, yang dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia.

“Pertemuan empat mata saya dengan TYT Wang Yi hari ini cukup bermakna”,

“China bersetuju membeli minyak sawit Malaysia dan produknya sebanyak 1.7 juta tan hingga tahun 2023,” jelas Hishamuddin didalam kenyataan facebooknya.

Dalam kenyataan itu juga, Hishammuddin menjelaskan China juga antara penyumbang bantuan Covid-19 terbesar kepada Malaysia setakat ini. Dalam tempoh 7 bulan, hubungan Malaysia dengan China semakin baik.

“Wisma Putra akan memanfaatkan peluang ini untuk tingkatkan eskport produk kelapa sawit negara kita ke China.”

“Persetujuan ini bukan sahaja akan membawa kepentingan kepada ekonomi dan Felda, tetapi lebih utama ia bakal memberi manfaat kepada peneroka di seluruh negara,” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat