China Senaraikan Malaysia Penerima Utama Vaksin Covid-19 Kata Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Negara China telah menyatakan kotmitmen untuk berkongsi vaksin Covid-19 mereka sebaik ia berjaya dibangunkan dan menyenaraikan Malaysia sebagai negara penerima utama.

Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn menjelaskan perkara tersebut selepas pertemuan empat mata bersama Menteri Luar China, TYT Wang Yi yang dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia.

“Alhamdullilah, beberapa manfaat besar diperolehi Malaysia pada hari ini, bukan sahaja dari sudut vaksin tetapi juga ekonomi.” ujarnya.

Didalam pertemuan empat mata tersebut, kedua-dua negara telah menandatangani memorandum persafahaman berhubung kerjasama Pasca Covid-19 dan mewujudkan jawatankuasa tertinggi berhubung kerjasama pasca Covid-19 yang mana akan dipengerusikan Menteri Luar kedua-dua negara.

“Pertemuan empat mata ini menggambarkan keakraban Malaysia dan China, malah mencerminkan penghormatan China terhadap negara kita,” kata Hishammuddin. -SuaraTV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat