Pas sokong Akmal bela institusi halal, label kebanggaan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kelantangan dan ketegasan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh dipuji Pas sebagai kebanggaan negara kerana prinsip pembelaan terhadap institusi halal di Malaysia.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari malah mendoakan Akmal terus tabah menghadapi ancaman saman daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

“Semoga Datuk Dr Akmal terus tabah hadapi ancaman saman daripada Teresa Kok.

“Walaupun saya kurang setuju dengan pendekatan bahasa beliau, tetapi apa yang lebih penting ialah prinsip pembelaan terhadap institusi halal di Malaysia.

“Jelas sekali, ia kebanggaan negara, bukan memalukan negara! puji Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Fadhli bagaimanapun membidas kepimpinan DAP yang teguh bersama Teresa bahkan mendakwa parti itu sebagai kuasa terbesar dalam kerajaan.

“Untuk Teresa Kok, seluruh kepimpinan partinya berdiri teguh bersama beliau, bermula setinggi-tinggi parti hinggalah ke peringkat bawah, mereka teguh membela Teresa Kok.

“Apa nak buat, takkanlah nak lawan kuasa terbesar dalam kerajaan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat