Kajian tentang GISB sudah dibentang kepada Jakim, namun tiada tindakan – Dr Maza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu membabitkan GISB Holdings Sdn.Bhd (GISB) sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta pihak penguatkuasa namun masih lagi tiada tindakan yang diambil.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Maza), isu GISB itu sudah mula dibangkitkan apabila terdapat pihak yang membuat kajian kes ini bertemu pihak bertanggungjawab, tetapi tiada satupun tindakan dilakukan.

Dr Maza mendedahkan dirinya telah menghantar surat kepada pemimpin dipercayai GISB untuk adakan pertemuan.

Beliau juga memaklumkan bahawa pemimpin utama syarikat berkenaan bersetuju untuk hadir dalam pertemuan itu.

“Hari ini (semalam) kita hantar surat kepada pemimpin utama mereka untuk hadir ke Perlis pada 20 hari bulan.

“Saya akan panggil mereka, katanya mereka sudah bersetuju hadir,” katanya dalam hantaran di TikTok @promediatajdidofficial.

Sebelum ini Suara.TV pernah melaporkan pendedahan Dr Maza berkenaan kewujudan kultus (cult) berunsur gengterisme agama dalam negara ini dengan mengamalkan anutan dan kepercayaan yang sangat taksub dengan pemimpin dan pertubuhan mereka.

Kata Mufti Perlis itu, Majlis Fatwa Perlis telah diberikan taklimat oleh pasukan kajian termasuk juga bekas-bekas ahli pertubuhan itu yang memaparkan betapa dahsyat seolah-olah satu gengterisme yang menghalang pengikut pertubuhan itu daripada keluar – dirampas isteri, anak-anak jika mereka lari meninggalkannya.

Bahkan katanya, dibuat kepercayaan-kepercayaan tentang keagungan pemimpin mereka bahkan mereka dipaksa untuk memakan dan minum ‘air berkat’ pemimpin-pemimpin mereka yang dahulu yang dah tak ada termasuk juga yang baharu.

Dedah beliau lagi, mereka masih kena minum air berkat yakni air janggut, air gigi, air rambut dan air kaki sekali.

“Kita diberi taklimat daripada pasukan kajian membentangkan kepada Majlis Fatwa satu kajian berhubung dengan satu pertubuhan yang dalam negeri Perlis pun ada dan banyak di negeri-negeri lain lagi. Dia ada rangkaian-rangkaian dia, ada restoran, ada mart dia, ada macam-macam.

“Dulu mereka berkait dengan pemimpin mereka yang sudah meninggal yang mempercayai tentang al-Mahdi dan pelbagai lagi. Kini mereka dah tukar nama pertubuhan yang baharu, jadi mereka ini beri taklimat tentang keadaan pertubuhan ini yang memberikan taklimat itu ialah orang yang lari keluar daripada pertubuhan itu.

“Daripada cerita-cerita ahli-ahli yang lari, rakaman-rakaman yang mereka tunjukkan memaparkan begitu dahsyat seolah-olah satu gengterisme yang menghalang pengikut pertubuhan itu daripada keluar – dirampas isteri, anak-anak jika mereka lari meninggalkannya, dibuat kepercayaan-kepercayaan tentang keagungan pemimpin mereka bahkan mereka dipaksa untuk memakan air berkat pemimpin-pemimpin mereka yang dahulu dah tak ada yang baru juga mereka masih kena minum air berkat -air janggut, air gigi, air rambut dan air kaki sekali,” dedah Dr Maza dalam video yang dimuat naik oleh akaun Facebook Suara Sunnah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat