China ingatkan ASEAN Perang Dingin Baharu jika mesra AS

- Advertisement -

JAKARTA- China meminta kuasa besar ASEAN mengenepikan perbezaan pendapat peribadi dan elak diheret ke dalam ‘Perang Dingin Baharu’, dalam isyaratnya yang jelas merujuk kepada pengaruh Amerika Syarikat.

Perdana Menteri China, Li Qiang berkata demikian sewaktu pegawai tertinggi Asia dan Amerika Syarikat (AS) berkumpul untuk rundingan di ASEAN Summit di Indonesia.

Li Qiang menyatakan kebimbangan mengenai pembentukan blok disokong AS di rantau ini, ketika China menghadapi pertikaian dengan kuasa dengan negara serantau lain mengenai Laut China Selatan dan beberapa isu lain.

“Percanggahan pendapat dan pertikaian mungkin timbul antara negara disebabkan persepsi yang salah, kepentingan yang berbeza atau campur tangan luar.

“Bagi memastikan percanggahan pendapat terkawal, apa yang penting sekarang ialah menentang amalan berpuak, konfrontasi blok dan Perang Dingin yang baharu,” kata Qiang pada mesyuarat ASEAN+3 (APT) dengan Jepun dan Korea Selatan di Jakarta, lapor Reuters.

Semua 10 negara anggota ASEAN mengadakan sidang kemuncak berasingan dengan China, Jepun, Korea Selatan, AS dan Kanada semalam, menyediakan pentas untuk kuasa besar melobi blok itu dan pesaing memainkan peranan.

Naib Presiden AS, Kamala Harris, hadir menggantikan Presiden Joe Biden, manakala Qiang mengambil bahagian bagi menggantikan tempat itu sepatutnya diisi Presiden Xi Jinping.

Harris bertemu pemimpin ASEAN dan memuji mereka kerana komitmen bersama terhadap peraturan dan norma antarabangsa serta isu serantau.

Sebagai tanda pembabitan serantau Washington yang semakin meningkat, beliau turut mengumumkan penubuhan pusat AS-ASEAN yang pertama di Washington.

Mesyuarat itu dibuat sebelum penganjuran Sidang Kemuncak Asia Timur, membabitkan 18 anggota , yang akan dihadiri Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.

Sementara itu, sidang kemuncak G20 pula dianjurkan di New Delhi pada hujung minggu, di mana isu geopolitik yang lebih luas dijangka menjadi agenda utama.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menghadiri dua hari mesyuarat itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat