Bukan Saddiq perlu kosong kerusi tapi penyokong hoi hoi ya hoi – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyelar tindakan buli terhadap ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman oleh pimpinan PH-BN termasuk juga laskar siber Kerajaan Perpaduan yang mendesak beliau mengosongkan kerusi Parlimen Muar.

Tegas bekas Menteri Kesihatan itu, tindakan Syed Saddiq menarik sokongan daripada kerajaan adalah tindakan berprinsip dan jujur dengan landasan perjuangan PH sebelum ini yang menentang rasuah.

“Sepatutnya ahli-ahli Parlimen PH letak jawatan bukan Saddiq sebab Saddiq adalah ahli Parlimen yang jujur Dengan platform polisi PH iaitu tidak bekerjasama dengan Umno dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Tak ada siapa yang ingat soal manifesto PH lah… orang undi PH pada pilihan raya yang lepas kerana hoi hoi ya hoi itu lagu Altimet penyamun (Aduh Malaysia hoi ya hoi).

“Jadi, Saddiq seorang saja daripada kumpulan PH dulu yang masih lagi pegang kepada prinsip tolak hoi hoi ya hoi yang lain semua hoi hoi ya hoi jadi yang kena letak jawatan dan minta balik pengundi adalah PH sebab mempermainkan janji kepada rakyat,” selar Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Rabu.

Bukan kerana beliau penyokong utama Saddiq tetapi beliau tidak suka pembuli.

“Saya tak suka buli. Saddiq dibuli sekarang ini seolah-olah dia yang tak ada prinsip.

“Saya nak beritahu kepada cytro PH. Saddiq ini adalah berprinsip sebab dia masih lagi berpegang kepada anti hoi hoi ya hoi yang lain semua hoi hoi ya hoi jika kamu tanya saya kalau suruh Saddiq kosongkan kerusi, kamu kena kosongkan kerusi dulu,” ulang Khairy lagi.

Terdahulu, sebelum ini ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan tunduk kepada desakan agar dia mengosongkan kerusi parlimen itu selepas mengumumkan keluar daripada blok kerajaan.

Presiden MUDA itu berkata, bukan dia yang mengkhianati janji kepada pengundi pada pilihan raya umum ke-15 lalu.

“Apa platform yang kita berjuang? Sebelum PRU kita (kata) takkan gugurkan rasuah, akan lawan rasuah, akan bawa reforms (pembaharuan).

“Apa yang dijanjikan sebelum PRU dengan lepas PRU bagai langit dan bumi,” katanya semasa mengulas gesaan agar dia meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen.

Sementara itu, Shahril Hamdan juga senada dengan pendirian Khairy.

Katanya, kalau PH-BN guna hujah itu untuk lawan Saddiq sebenarnya mereka yang sepatutnya tengok diri sendiri

Menurut bekas Ketua Penerangan Umno itu lagi, hari-hari mendatang akan lebih mecabar buat Saddiq kerana beliau perlu mengurus serangan PH-BN yang mungkin akan melabelnya sebagai kuda Trojan Tun Dr Mahathir Mohamad, ejen PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat