PRU-15: Peluang UMNO di Kedah 50-50

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- UMNO Kedah mempunyai peluang 50-50 untuk menawan balik negeri Jelapang Padi itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Suraya Yaacob berkata, peluang tersebut adalah berdasarkan partinya itu merupakan sebuah parti bukan pilihan atau underdog.

“Peluang kita 50-50, saya suka di Kedah ini sebab kita parti underdog, menteri besar (Sanusi) memang boleh cakap dia boleh dapat 21 kerusi, 26 kerusi. Sebab dia mesti nak kekalkan kuasa dia.

“Bagi Umno kedah mestilah harapan kita pun untuk memerintah, tapi setakat mana kita mampu tengoklah nanti. Pihak yang sedang memerintah (PAS) mestilah ada kelebihan, tetapi kelebihan dalam keadaan kerajaan peringkat pusat bukan dia punya,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Selain itu, Suraya yang juga merupakan ADUN Sungai Tiang berkata, bercakap mengenai persiapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), terdapat pembaharuan yang dibuat UMNO bagi memastikan segala maklumat disalurkan terus ke akar umbi melalui pasukan penerangan parti.

Jelasnya, pasukan penerangan parti itu akan bertanggungjawab bergerak mengikut acuan masing-masing ke peringkat bahagian berbanding sebelum ini apabila pasukan tersebut digerakkan di peringkat negeri.

“Menyedari keperluan untuk berubah dan menyampaikan perubahan tersebut kepada pasukan penerangan kita tak sama dengan sebelum ini.

“Sama ada mereka boleh lakukan atau tidak dari segi keupayaan, wang ringgit dan logistik, saya rasa agak jauh untuk membolehkan mereka bersiap-sedia seperti yang kita mahukan.

“Tetapi kita tak paksa, bulan lepas timbalan presiden Umno mai (datang) kita maklumkan yang kita telah menurunkan kuasa kepada bahagian masing-masing untuk menjalankan kerja seperti yang mereka boleh buat mengikut acuan mereka. Saya rasa kita tak boleh lagi buat macam dulu.

“Kita kata kena buat macam ini macam itu, kita dah sedari setiap bahagian ada geopolitik berbeza. Ada audiensz berbeza, ada luar bandar, dalam bandar, ada campuran dan kita boleh bagi garis panduan dan cara mereka uruskan itu terserah pada mereka sendiri.

“Ini kali pertama kita turunkan kuasa itu kepada bahagian-bahagian, mereka yang kena cernakan dan laksanakan mengikut cara mereka sendiri. Jadi ketua penerangan bahagian-bahagian mesti mempunyai keupayaan untuk mengolah, terserah pada mereka untuk buat cara yang mereka mampu,” katanya yang juga exco kerja raya, bekalan dan sumber air, tenaga, pengairan dan saliran negeri Kedah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat