Kerjasama MUDA-PH Percaturan Yang Baik- Amanah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti komponen Pakatan Harapan (PH) harus melebarkan kerjasama bersama parti lain yang mempunyai misi dan visi seiringan dengan gabungan tersebut.

Katanya, tindakan Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abdul Rahman yang bersedia bekerjasama dengan PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) merupakan satu percaturan yang baik.

“Kita sudah nyatakan bahawa parti komponen mesti memperkukuhkan segera PH dengan menumpukan kepada kerja mendekati dan menyantuni rakyat dan pengundi.

“Isu seperti ini perlu dibincangkan secara baik di belakang tadbir menerusi proses perbincangan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sebelum ini, Syed Saddiq memaklumkan MUDA bersetuju menyertai PH sebagai antara parti komponen dalam gabungan itu bagi menghadapi PRU-15.

Bagaimanapun, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik berkata, PH memberi komitmen untuk segera mempertimbangkan permohonan MUDA.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak menafikan ada elemen penolakan terhadap permohonan MUDA oleh PKR.

Namun, Anwar berkata, perbincangan antara parti-parti dalam PH sedang berjalan dan beberapa pengumuman berkaitan akan dibuat tidak lama lagi.

Sementara itu, mengulas lanjut, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, parti politik yang mahu menyertai gabungan itu perlu seiring dari sudut tanggungjawab, objektif dan tujuan perjuangan.

“Kemungkinan pada PRU-15 nanti, tidak akan ada satu parti yang boleh berdiri sendiri.

“PH dan MUDA pastinya mahu melihat pembinaan semula negara khususnya dari sudut ekonomi dan tadbir urus membanteras salah guna kuasa serta rasuah,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat