Ahli PBS Keluar Parti, Kempen Bung Di DUN Lamag Dapat Suntikan Semangat

- Advertisement -

KINABATANGAN: Kempen calon BN untuk DUN Lamag di Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mendapat suntikan semangat hari ini apabila 58 bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Kinabatangan, mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Mereka yang diketuai bekas pemangku Ketua Bahagian, Brahim Hasnawi, menyerahkan borang keahlian UMNO mereka kepada Bung Mokhtar di PDM Bukit Garam sebentar tadi.

Bung dalam ucapannya sebelum itu, mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jentera parti di PDM berkenaan atas kerja kuat mereka dalam memastikan kejayaan BN di PDM berkenaan khasnya dan DUN Lamag umumnya.

Bung berkata, pilihanraya negeri ini diadakan kerana kegagalan kerajaan Warisan yang ditegakkan bukan kerana dipilih rakyat tapi antara lain kerana pengkhianatan wakil-wakil rakyat dari parti UPKO.

Beliau turut mahu pada 26hb nanti, rakyat menalkinkan parti Warisan atas kegagalan mereka. Katanya, beliau tidak ada masalah peribadi dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal tetapi ini soal beliau gagal menguruskan kerajaan negeri dengan baik dan melaksanakan janji pilihanraya mereka

Sebagai contoh kata beliau, kenapa kerajaan Warisan memberikan hak milik tanah di Long Manis yang merupakan tanah rizab kerajaan untuk tujuan tadahan air?

Begitu juga janji-janji mereka untuk memberikan rumah, pekerjaan kepada rakyat yang tidak dilaksanakan. Yang sedia mempunyai kerja seperti imam pun, diberikan surat tunjuk sebab oleh kerajaan negeri, dakwanya lagi.

Dari sudut ekonomi negeri Sabah, BN jelas beliau akan memperkasakan industri pertanian negeri Sabah dan meningkatkan program kebajikan kepada rakyat.

Sabah kata beliau, mempunyai keluasan tanah yang cukup untuk dimanfaatkan bagi industri pertanian tapi tidak diberi perhatian oleh kerajaan sekarang.

Maka tidak hairan kenapa, pendapatan perkapita rakyat Sabah sekarang, berada di tahap paling buruk dalam tempoh 30 tahun – kurang dari 1%.

Bung juga tidak mahu pengundi mengambil mudah pilihanraya kali ini walaupun ada yang menjangka BN tidak menghadapi masalah untuk menang di DUN Lamag.

Yang penting sekarang kata beliau, ialah memastikan kemenangan BN bukan sahaja di DUN Lamag, malah seluruh negeri Sabah kalau mahu melihat nasib rakyat yang terpinggir dibawah kerajaan sekarang, diberikan perhatian – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat