Parti Warisan Pecat Ketua Bahagian Keningau

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Warisan memecat ketua bahagian parti itu di Keningau Jake Nointin kerana bertanding sebagai calon Bebas di kerusi pedalaman di Liawan.

Setiausaha agung parti itu Loretta Padua berkata, keahlian mana-mana ahli yang didapati bertanding atas tiket parti lain atau sebagai calon Bebas adalah terbatal secara automatik kerana ia berlawanan dengan peraturan parti itu.

“Saya diberitahu bahawa pada hari penamaan calon (semalam), Nointin akan bertanding di Liawan sebagai calon Bebas menentang calon Warisan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Padua berkata, tindakan itu bertentangan dengan Perkara 7(3), 3, 4 yang menetapkan keahlian seseorang ahli adalah terbatal serta-merta apabila mereka bertanding menentang calon Warisan dalam pilihan raya tanpa kebenaran parti.

“Jadi Perkara 7 perlembagaan Warisan itu jelas menyebut bahawa keahliannya terbatal serta-merta. Beliau bukan lagi ahli Warisan selepas pencalonannya di sahkan.”

Nointin akan berdepan calon Warisan Rasinin Koutis, selain calon Perikatan Nasional (PN) dan PBS dalam persaingan 7 penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.

Nointin merupakan calon Warisan yang tewas di kerusi Parlimen Keningau di tangan Presiden STAR Jeffrey Kitingan pada pilihan raya umum lepas. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat