Gerakan Tunggu ‘Lampu Hijau’ Sertai PN

- Advertisement -

SEREMBAN – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sudah menyatakan hasrat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan menyertai PN itu dipersetujui oleh ahli jawatankuasa pusat Gerakan dalam mesyuarat bulan Mei lalu.

“Memang kita sudah tunjukkan hasrat kepada Perdana Menteri bahawa parti Gerakan ingin bersama PN.

“Parti Gerakan adalah parti ‘non ethnic’ yang memainkan peranan penting dalam membawa negara ke tahap yang lebih baik dalam keharmonian antara kaum, agama dan budaya.

“Justeru, ‘just wait for PM’ and PN kerana masing-masing sibuk dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. ‘Let Sabah settle first and eveybody be focus to make sure they win PRN’, selepas itu kita akan teruskan perbincangan,” katanya dalam sidang akhbar Persidangan Perwakilan Negeri ke-45, wanita dan pemuda ke-33 Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Seremban 2, hari ini.

Sementara itu, Dominic berkata, persidangan perwakilan negeri itu bertujuan membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Kita tubuhkan satu pasukan yang membuat kaji selidik untuk memastikan kawasan yang kita tanding itu boleh menang,” katanya.

Menurur beliau, Gerakan sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Muhyiddin dan keputusan itu diambil demi kepentingan rakyat dan negara terutama dalam menghadapi situasi kritikal ketika ini untuk memerangi (Covid-19).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat