Teater ‘Wira Alam Maya’ bakal gegar Auditorium JKKN, 29 & 30 Ogos ini

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Teater ‘Wira Alam Maya’
bakal menemui peminat di pentas teater di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah, Pumpong, dekat sini jam 8.45 malam pada 29 dan 30 Ogos ini.

Teater ‘Wira Alam Maya’ dianjurkan oleh Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) dengan kerjasama JKKN dan Menara Alor Setar akan dipersembahkan selepas kejayaan pementasan teater semi muzikal kanak-kanak ‘Pulau Kucing’ yang mendapat sambutan luar biasa
di sini pada Oktober tahun lalu.

‘Wira Alam Maya ’menampilkan idea baharu, karya dan arahan Mohd Zulkamal Ismail (Joe K.A.S) amat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa had umur.

Joe K.A.S yang juga penggiat teater di utara tanah air berkata teater ini menampilkan dan diserlahkan
pelakon kanak-kanak dan remaja terdiri daripada ahli dan peserta bengkel PENTAS.

Menurut beliau, ‘Wira Alam Maya’ mengisahkan tentang isu semasa keyboard warriors dalam dunia alam maya dengan gabungan aksi, komedi, dan fantasi sejarah yang pasti membuat penonton terpaku dari mula hingga akhir.

“Pernahkah anda terfikir bagaimana jika Tun Teja ada media sosial. Dalam mimpi anehnya, baginda meminta Hang Tuah dan Hang Jebat menyiasat, lalu kedua-dua pahlawan itu melangkah ke masa kini untuk mencari jawapannya,”katanya.

“Watak Tuah dan Jebat dihadirkan dalam dunia sekarang untuk anak bangsa merenung kembali zaman kemasyhuran Melaka dalam bentuk komidi, sekali gus mengupas kepada keberanian, kecekalan dan perjuangan pahlawan yang menjadi contoh kepada generasi kini, ”katanya lagi.

Tambah beliau, dengan kehadiran penonton, diharap dapat menyatukan peminat teater daripada pelbagai latar belakang.

Orang ramai dan peminat seni teater dijemput hadir menyaksikan teater, jangan lepaskan peluang ini, serta memberi sokongan padu kepada industri pementasan teater tempatan.

Tempat terhad dan ditawarkan tiket berharga RM 15 untuk dewasa dan RM 10 untuk pelajar, dan boleh dibeli melalui Persatuan Teater Alor Setar di akaun Bank Islam No. 02011010124367
serta membuat tempahan di talian 017-5402622 (AS) atau 017-5697045 (Joe K.A.S).

Selain itu, tempahan tiket juga boleh dibuat menerusi pautan:
https://wa.link/5nsagu atau
https://wa.link/pfc25z
-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat