SMART lancar pas perjalanan tanpa had, bantu rakyat jimat kos harian – Alexander

KUALA LUMPUR — Terowong SMART hari ini melancarkan Pas Perjalanan Tanpa Had (MUTP) yang membolehkan pengguna tegar menikmati penjimatan sehingga RM64 sebulan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelancaran ini bukan sekadar majlis biasa sebaliknya membuktikan bahawa kemudahan awam boleh ditawarkan dengan semangat inklusif dan berjiwa rakyat.

Menurutnya dengan penggunaan purata 44 kali sebulan, pengguna dapat mengurangkan perbelanjaan tol bulanan daripada RM132 kepada hanya RM68.

“MUTP ini adalah contoh inisiatif terbaik yang mengutamakan rakyat. Inisiatif ini juga mampu memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap sektor infrastruktur negara.

“Ia membantu mengurangkan kos harian, khususnya bagi mereka yang berulang-alik setiap hari ke tempat kerja, sambil memberi akses pantas ke pusat bandar melalui terowong unik di dunia yang menggabungkan laluan trafik dan saliran banjir,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran MUTP bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68, di sini, hari ini.

Beliau berkata, terowong SMART kini menampung purata 19,000 kenderaan sehari dan turut memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko banjir di Kuala Lumpur.

“Antara pengiktirafan antarabangsa yang pernah diraih termasuk UN Habitat Scroll of Honour Award, British Construction Industry Award, ASEAN Outstanding Engineering Achievement Award, serta disenaraikan CNN sebagai antara Most Impressive Tunnels in the World.

“Apabila infrastruktur diurus secara holistik dari aspek kejuruteraan, nilai sosial, dan tadbir urus hasilnya memberi manfaat berganda kepada rakyat dan negara. SMART adalah contoh inovasi tempatan yang diiktiraf dunia,” katanya.

Majlis turut menyaksikan penghargaan kepada pihak Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) dan pasukan pengurusan SMART atas kejayaan menjayakan program ini dengan sokongan Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pelancaran MUTP ini diadakan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 yang menjadi simbol komitmen berterusan terhadap prinsip Malaysia Madani.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat