“Terima kasih MCA” buat laporan polis terhadap Pemuda Umno Terengganu – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh ‘menghargai’ usaha Pemuda MCA membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno Terengganu atas kekurangan jalur di bendera Malaysia pada poster penerbitan mereka.

Akmal menyatakan bahawa MCA bersatu dalam perkara yang melibatkan hal mereka, sekali gus beliau mempersoalkan perpecahan dikalangan orang Melayu hanya kerana perbezaan ideologi politik.

” Saya nak mengucapkan terima kasih kepada MCA kerana semalam telah melakukan satu laporan polis terhadap Pemuda Umno Terengganu atas kekurangan jalur di bendera Malaysia pada poster mereka.

“Dan saya mohon agar pihak polis dapat menyiasat dan didakwa seterusnya dikenakan hukuman yang berat.

“Saya juga nak tanya pada MCA,kamu dah buat laporan polis juga ke ke atas apek yang secara terang-terangan mengibar bendera secara terbalik dan siap minta direkod? Jika tidak lebih baik kamu buat juga,kerana takut kamu dianggap berat sebelah kerana tidak berani buat report terhadap apek tersebut.

“Mereka bersatu bab mereka,kita masih lagi berpecah disebabkan fahaman politik. Bersatulah wahai bangsaku,” seru Akmal.

Malam tadi Pemuda MCA Jasin, Alor Gajah dan Hang Tuah Jaya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin (IPD Jasin) untuk membuat laporan berhubung tindakan Pemuda Umno Terengganu yang memuat naik imej Jalur Gemilang yang salah di laman Facebook rasmi mereka.

Ketua Pemuda MCA Melaka Tee Tian Leng memberitahu, dalam kes-kes sebelum ini, seperti isu Sin Chew Daily, sekolah rendah Cina di Negeri Sembilan, dan insiden kedai perkakasan di Pulau Pinang, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal bertindak tegas terhadap rakyat biasa.

“Walau bagaimanapun, apabila kesilapan berlaku dalam Pemuda Umno sendiri, kami berharap beliau akan menunjukkan ketegasan yang sama dan tidak mengamalkan double standard.

“Seperti yang dinyatakan sendiri oleh Dr Akmal di Facebook bahawa beliau akan membuat laporan polis, kami tampil ke hadapan untuk berbuat demikian malam ini sebagai cara untuk menyokong kenyataannya, sambil menekankan bahawa Jalur Gemilang mesti sentiasa dihormati dan dilindungi,” kata Tian Leng.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat