PAS Sabah saran rakyat pakai hitam di Hari Kemerdekaan sebagai simbol menuntut keadilan untuk Zara Qairina

KOTA KINABALU, – Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan, menyeru seluruh rakyat mengenakan pakaian berwarna hitam pada sambutan Hari Sabah, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai tanda solidariti dan desakan terhadap pihak berkuasa berhubung kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina binti Mahathir.

Menurut beliau, kes yang masih belum menunjukkan perkembangan penyelesaian tuntas ini bukan sekadar tragedi peribadi, tetapi isu kemanusiaan dan keadilan yang menyentuh hati seluruh rakyat Sabah dan Malaysia.

“Warna hitam dipilih sebagai simbol dukacita, solidariti dan tuntutan keadilan terhadap kes yang sedang diperjuangkan. Ia tindakan simbolik yang aman, berhemah dan berperlembagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Aliakbar menegaskan, tindakan ini bertujuan memberi isyarat kepada pihak berkuasa bahawa rakyat sedang memerhati, menilai, dan menuntut perkembangan siasatan yang telus. Beliau turut menggesa pihak berkuasa segera memaklumkan perkembangan terkini siasatan, serta memastikan keadilan ditegakkan tanpa campur tangan atau kelengahan.

Katanya lagi, rakyat perlu bersatu menjadikan suara keadilan ini sebagai satu gelombang yang tidak dapat diabaikan, demi memastikan tragedi seumpama ini tidak berulang.

Kes Zara Qairina, yang menjadi perhatian ramai sejak beberapa bulan lalu, terus menimbulkan persoalan awam berhubung ketelusan siasatan pihak berkuasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat