Najib boleh fail sapina terhadap Terrirudin untuk ketahui apa berlaku Titah Addendum tangguh setahun setengah – Shafee

KUALA LUMPUR – Pasukan peguam kepada Datuk Seri Najib Razak mengakui boleh memfailkan permohonan penemuan dan soal siasat, termasuk mengeluarkan sapina kepada bekas Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, dalam perbicaraan permohonan semakan kehakiman bagi perintah memaksa kerajaan menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Addendum.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata ia bagi mengetahui apa yang berlaku terhadap Titah Addendum berkenaan, yang pelaksanaannya tertangguh selama setahun setengah.

“Dari segi itu kita boleh melakukan satu penemuan. Kita boleh menyelidik sisi lain untuk memberitahu apa yang benar-benar berlaku.

“Kenapa Titah Addendum itu tidak muncul selama begitu lama. Jadi itulah satu bahagian, bahagian yang sangat kritikal.

“Kedua, kita boleh juga sapina beberapa saksi yang kita perlu sama ada dipanggil secara afidavit ataupun secara fizikal.

“Kita boleh panggil umpamanya dalam kes Titah Addendum ini umpamanya boleh panggil Tan Sri Terrirudin sendiri untuk mengetahui sama ada dia menerima atau tidak. Atau peguam-peguam negara ataupun pegawai-pegawai yang tertentu,” katanya kepada pemberita selepas prosiding lapor BH di Putrajaya pada Rabu.

Titah Addendum berkenaan dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumahnya dan diutuskan kepada Pejabat Peguam Negara yang jawatan berkenaan ketika itu disandang oleh Ahmad Terrirudin.

Ahmad Terrirudin kini Hakim Mahkamah Persekutuan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat