Belum Masanya Buka Sempadan, Covid-19 Di Negara Luar Masih Serius

TUDM Percepat Hantar Bantuan Petugas Kesihatan Ke Sabah

KUALA LUMPUR - Situasi 'cemas' di Sabah susulan kes Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan ratusan petugas kesihatan dari Semenanjung Malaysia segera diterbangkan ke sana...

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Isu Covid dan Darurat Perlu Keputusan Bijaksana, Rujuk Pakar – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam menangani isu pandemik COVID-19 dan soal pelaksanaan perintah darurat, ia perlu dirujuk kepada setiap pihak yang mempunyai kepakaran mengenai isu...

Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

PETALING JAYA - Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB)...

Putera Sultan Brunei Kongsi Punca Kemangkatan Abang

KUALA LUMPUR ― Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen membuka mulut tentang punca kemangkatan kekandanya Sabtu lalu. Pengiran Muda Abdul Azim,...

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum bersedia membuka pintu sempadan negara berikutan kes pandemik COVID-19 masih belum reda di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata buat masa ini kerajaan masih kekal dengan keputusan tidak membenarkan warga asing masuk ke negara ini kecuali kategori tertentu.

“Kita kena lihat negara tertentu yang nak datang (Malaysia), kalau negara (mereka) berisiko tinggi tentu sahaja kita tak benarkan, selain melihat keadaan di negara (Malaysia) sendiri, kalau tiada isu lagi mungkin boleh longgarkan.

“Tetapi setakat ini di negara luar pun serius malah negara kita pun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jadi kita kekalkan tutup pintu sempadan negara,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan Malaysia mempunyai tempoh tertentu untuk menutup pintu sempadan seperti keputusan Thailand tidak akan membuka pintu sempadan sehingga tahun depan.

Ismail Sabri menjelaskan, tiada sebarang perbincangan dilakukan kerajaan mengenai perkara itu.

“Kita tidak menetapkan bila tarikh nak buka (pintu sempadan), kita akan tengok dari segi kes yang berlaku di negara ini dan kes di negara lain.

“Kalau seluruh dunia (diisytiharkan) hijau mungkin kita boleh buka, tetapi tak ada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan