Ali Hamsa minta pendapat saya dalam laporan Audit 1MDB dikeluarkan – Ambrin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau telah diminta oleh bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa supaya pendapatnya dalam laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikeluarkan daripada laporan itu.

Saksi keenam pihak pendakwaan itu berkata Ali membuat permintaan itu semasa mesyuarat penyelarasan Laporan Audit 1MDB, yang diadakan atas arahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Feb, 2016.

“Ia sukar, ia (permohonan) hampir seperti arahan daripada (bekas) Ketua Setiausaha Negara (Ali) untuk mengeluarkan pendapat saya daripada laporan saya sendiri  (laporan audit 1MDB).

“KSN mahu memastikan pendapat kami (Jabatan Audit Negara (dalam laporan audit 1MDB) dikeluarkan,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Ambrin memberi keterangan dalam perbicaraan Najib, 67, yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB  yang sudah ‘dimuktamadkan’ oleh Ketua Audit Negara sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadapnya, manakala Arul Kanda, 44, dituduh bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan terhadap laporan itu bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan disiplin, sivil atau jenayah berkaitan dengan 1MDB.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat