COVID-19 Di Indonesia: Kes Baharu Harian Melebihi 40,000, Tertinggi Sejak Pandemik Bermula

- Advertisement -

JAKARTA: Indonesia mencatatkan kes jangkitan baharu COVID-19 tertinggi hari ini sepanjang tempoh pandemik melanda republik itu apabila sebanyak 40,427 kes baharu harian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Media tempatan yang memetik Satuan Tugas (Satgas) Penanganan COVID-19 pada Isnin melaporkan, angka terkini itu menjadikan jumlah pesakit COVID-19 di Indonesia secara keseluruhannya berjumlah 2,567,630 orang, sejak kes pertama pada 2 Mac 2020.

Data tersebut juga menunjukkan tambahan seramai 891 pesakit COVID-19 yang meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kes korban akibat COVID-19 seramai 67,355 orang.

Sementara itu, jumlah pesakit yang sembuh adalah sebanyak 34,754 orang, menjadikan jumlah akumulatifnya 2,119,478 orang.

Selain itu, pemerintah republk berkenaan juga mencatat bahawa kini terdapat 170,101 orang yang berstatus suspek COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 510 daerah dan kota yang terjejas akbat COVID-19 di 34 provinsi, bermakna sudah lebih dari 99 peratus wilayah di Indonesia berdepan penularan virus korona.

Wakil Gabenor Jakarta Ahmad Riza Patria mengatakan, data terkini itu menunjukkan Jakarta kembali mencatat rekod baharu penambahan kes COVID-19 iaitu sebanyak 14,619 kes.

“Ya memang kalau melihat data, positif hari ini meningkat sampai 14,619, ini rekod (tertinggi) lagi,” kata Riza seperti dilaporkan Kompas.com.

Riza mengatakan, angka penularan COVID-19 yang tinggi di Jakarta adalah disebabkan peningkatan ujian PCR di ibu negara itu yang cukup tinggi.

Sementara itu, Gabenor Jakarta Anies Baswedan pada Sabtu lalu berharap bahawa separuh penduduk Jakarta yang pernah terkena jangkitan COVID-19, iaitu kira-kira 44.5 peratus, kini mempunyai kekebalan terhadap virus tersebut.

“Ini bermakna, separuh dari penduduk di Jakarta sudah pernah terdedah pada (virus korona), dan mudah-mudahan (muncul) kekebalan dalam berdepan COVID-19,” kata Anies.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat