Usul Kerajaan Tukar Speaker Dewan Rakyat Menang Tipis

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Usul Perdana Menteri untuk menggugurkan speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming diterima Dewan dengan undian belah bagi 111 setuju dan 109 menentang.

Seramai 111 daripada 222 anggota parlimen mengundi menerima usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin manakala 109 anggota parlimen menolaknya.

Timbalan speaker Rashid Hasnon yang juga anggota parlimen Batu Pahat tidak mengundi kerana mempengerusikan sidang itu.

Ariff and Nga akan digantikan oleh bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun dan bekas menteri Umno Azalina Othman Said (BN – Pengerang).

Dewan akan disambung petang ini dengan usul melantik speaker yang baru, diikuti dengan Penguguran Timbalan Speaker Nga Ko Ming dan perlantikan Timbalan Speaker yang baru.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat