Kalau Kena Jadi Lokman Adam, Kami Tidak Minat – Shahril Hamdan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya harapan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar bekas ahli-ahli Umno yang digantung dan dipecat berkelakuan seperti Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Noor Adam untuk diterima semula menyertai parti Melayu itu maka ia tidak akan dituruti.

Bahkan saranan Zahid itu disifatkan sebagai ‘mengarut’ oleh bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan.

Menurut beliau, jika itu yang diminta oleh Presiden Umno maka beliau memilih untuk kekal ‘di luar parti’ buat masa ini.

“Presiden Umno boleh buat apa yang dia rasa terbaik untuk parti, it’s okay carry on.

“Tapi kalau harapannya, kita kena mencontohi Lokman Adam barulah kita diterima semula, kalau itu dianggap sebagai benda yang baik untuk kita masuk balik, saya rasa tak pa lah.

“Okay saja kita duduk kat luar, boleh teruskan dengan apa yang Presiden dan kepimpinan Umno rasa yang terbaik. Saya tak sombong, cannot undo what is done.

“…kita bukan ego, tapi tak bolehlah dah buang saya pastu kutip balik,” ujar Shahril dalam podcast Keluar Sekejap pada Selasa.

Bagaimanapun, kata beliau secara rumusannya pintu hatinya tidaklah tertutup selamanya untuk Umno.

“Namun bagi saya, buat masa sekarang dengan keadaan macam ini, dengan cara disebut itu (contohi Lokman Adam) saya pun tak mahu peningkan Zahid.

“Saya tak nak bagi pening kepada Presiden, sebab separuh daripada orang yang bercakap itu pun tak nak kita balik kepada Umno… not now, move on for now,” kata beliau lagi ketika mengulas soal rayuan untuk sertai Umno semula.

Bahkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sependapat dengan Shahril.

Menurut Shahril dan Khairy, penggantungan dan pemecatan keahlian mereka secara teknikalnya telah diputuskan sendiri oleh Zahid.

Kata Khairy,beliau senada dengan Shahril, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Maulizan Bujang.

“Kita kena move on, keputusan telah dibuat, kita pun tak tahu kenapa kita dipecat dan minta kita rayu, tak ada punca
nak minta kita merayu.

“Saya tak akan melutut, saya tak tahu kenapa (dipecat). Saya tak akan buat (rayuan),” tegas bekas Ketua Pemuda Umno itu lagi.

Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 minggu lalu, Zahid memberitahu Lembaga Disiplin Umno akan meneliti kesemua rayuan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parti itu yang dikenakan tindakan disiplin.

Bagaimanapun katanya setakat ini, pihaknya hanya menerima rayuan daripada mereka yang digantung.

Mengulas lanjut Zahid yang juga Pengerusi BN menyatakan beliau berharap mereka yang digantung ataupun lebih daripada itu dapat dinilai selepas tindakan itu diambil.

“…Sama ada mereka benar-benar orang parti atau benar-benar gunting dalam parti.

“Kalau benar-benar orang parti, tidak berkokok di sana dan di sini menghentam parti dari luar. Kalau benar sayangkan parti mereka harus akur bahawa apa yang pernah dilihatkan oleh Datuk Lokman Adam walaupun dipecat daripada parti, beliau tidak pernah menikam parti dari luar,” kata Zahid lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat