Mesyuarat MPT Bersatu Bincang Persiapan PRU15 : Ahmad Faizal

- Advertisement -

ULU KINTA: TImbalan Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu hanya membincangkan soal persiapan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tegasnya, dalam mesyuarat tersebut langsung tidak membincangkan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu jelasnya lagi, turut dibincangkan hal berkaitan rakyat termasuk kos sara hidup dan krisis makanan.

“Kalau ada ura-ura perbincangan lain, itu bohong kerana Bersatu tidak bincang pasal politik.

“Bersatu fikir untuk menangani masalah rakyat termasuk mencari jalan bagaimana untuk membantu kerajaan.

“Kami tidak bincang mengenai kedudukan Perdana Menteri, malah kami sokong Perdana Menteri sedia ada dan kami mahu kerajaan stabil untuk memberi fokus kepada masalah rakyat, bukan mengutamakan masalah peribadi atau politik,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Hutan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini, hari ini.

Terdahulu dalam kenyataannya pada Isnin menegaskan sokongan partinya terhadap Perdana Menteri adalah untuk
memastikan kestabilan politik dan memberi tumpuan kepada masalah utama rakyat masa kini iaitu beban kos sara hidup dan kenaikan harga barangan makanan.

“Menyokong Perdana Menteri dalam memastikan kestabilan politik dan memberi tumpuan kepada masalah utama rakyat masakini iaitu beban kos sara hidup dan kenaikan harga barangan makanan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat