Sudah RM70 bilion pelaburan AS masuk Malaysia, tak cukup, kita mahu lagi – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan, pelaburan sebanyak RM70 bilion dari Amerika Syarikat (AS) sudah pun masuk ke Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tengku Zafrul bagaimanapun menegaskan, Malaysia tidak mengejar semua pelaburan sebaliknya memilih pelaburan yang memberi impak kepada rakyat.

“Pelaburan RM70 bilion dah masuk dari Amerika Syarikat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Tak cukup. Kita nak lagi!

“Perjumpaan bersama US-ASEAN Business Council (US-ABC), organisasi yang mewakili lebih 180 syarikat Amerika termasuk dalam bidang teknologi, semikonduktor dan pelaburan global.

“Fokus kita, bagaimana nak tarik lebih banyak pelaburan berkualiti. Bukan sekadar buka kilang, tapi cipta kerja bergaji baik, bangunkan syarikat tempatan dan kukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global.

“Bila pelaburan yang betul datang, manfaatnya dirasai rakyat.

“Kita tak kejar semua pelaburan. Kita pilih yang beri impak kepada rakyat,” jelas Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat