Satu majlis pelancaran lagu OST terbaru berjudul “PEJUANG ABATA” untuk filem terbaru berjudul “SYAHADAN”. Majlis tersebut telah berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS, Kuala Lumpur, lagu yang dinyanyikan oleh Amy Zakri ini adalah terbitan daripada syarikat Trilion Marketing Sdn Bhd.
Lagu ini merupakan OST utama Filem berjudul “Syahadan 2” Arahan sutradara Datuk Fairus Hussain & Halim Hassan, yang merupakan kesinambungan dari Filem Syahadan 1. Filem Syahadan 2 akan melibatkan kerjasama dari selebriti persilatan Indonesia yang mana beliau pernah terlibat dengan koreografi lagak ngeri untuk Marvel Shang-Chi.
Lirik dan lagu adalah ciptaan Panglima manakala struktur muzik dan penyusunan lagu oleh Alan Monosterio Sepenuhnya. Lagu ini telah dirakamkan di studio rakaman Asia Empire Production, dimiliki sepenuhnya oleh En Haniff Khan Mohd Khan ( Anep Monosterio ). Proses adunan dan mastering oleh Anep Monosterio. Asia Empire Records Malaysia turut bertindak sebagai syarikat rakaman serta pengedar rasmi di seluruh platform digital.
FIlem tersebut masih lagi dalam peringkat PrePro dan dijangka akan memulakan pengambaran pada tahun 2025. Tayangan akan dilancarkan pada tahun berikutnya iaitu 2025.
Ringkasan filem ini berkenaan mengenai, Omar yang menjejaki penceroboh yang cuba membunuh bapanya dengan senjata yang tercicir sehingga membawanya ke sebuah Kampung Alor Pulai.
Ketika Omar sedang menjalankan siasatannya, secara tidak langsung Omar telah terjebak dengan satu sindiket modus operandi kanak-kanak hilang dan penjualan organ didalangi oleh satu kumpulan kongsi gelap antarabangsa.
Barisan pelakon untuk filem ini adalah Al-Jufferi Jamari sebagai pelakon utama,Chintya Chandranaya, Master Agus Setiawan Jaya, Anuar Rahman dan Beto Khusairy (Dalam Cadangan).
Muzik Video “Pejuang Abata” telah ditayangkan di platfom digital rasmi mulai 11 Mei 2024 lepas.