Syukur Mira Filzah dan suami

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Lepas beranak pun lawa.”

Itu antara komen pengguna laman sosial di Instagram suami Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang memuat naik gambar pelakon itu bersama bayi lelaki mereka.

Menerusi hantaran itu, Mira, 29, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman bergambar tersenyum di sebelah bayinya yang selamat dilahirkan pada 10 Mei lalu.

Wan Emir berkata, dia bersama Mira mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan diberikan.

“Dan kasih sayang yang tidak terhingga dan terima kasih kepada ibu, papa, mak, abah dan kepada semua yang menyayangi kami semasa kami dahulu kecil dan tidak berdaya kerana menunjukkan kepada kita apa yang dimaksudkan menjadi ibu bapa yang baik.

“Nilai pengorbanan dan kasih sayang yang tiada penghujungnya. Moga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb,” katanya.

Terdahulu, Wan Emir berkongsi Mira dan bayi mereka dalam keadaan sihat selepas selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan, di sini.

Pasangan itu berkahwin pada 3 September 2020 sebelum Mira berkongsi mengenai kehamilannya pada Januari lalu.

Harian  Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat