Presiden Meninggal Dunia, UAE Umum Tempoh Berkabung 40 Hari

- Advertisement -

ABU DHABI – Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan dilaporkan meninggal dunia, menurut laporan agensi berita WAM hari ini.

Arab News melaporkan, Kementerian Hal Ehwal Presiden mengutuskan ucapan takziah kepada rakyat dan dunia Islam atas pemergian Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan pada Jumaat, 13 Mei.

Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkata, UAE kehilangan pemimpin yang soleh.

Beliau berkata: “Pendirian, pencapaian, kebijaksanaan, kemurahan hati dan inisiatifnya ada di setiap sudut negara. Saudaraku, semoga Allah merahmatimu dan ditempatkan ke syurga”.

Kementerian mengumumkan 40 hari berkabung dengan bendera separuh tiang mulai hari ini.

Sheikh Khalifa mengambil alih sebagai Presiden kedua UAE pada November 2004, menggantikan bapanya sebagai pemerintah ke-16 Abu Dhabi. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat