Agong Berkenan Berangkat Ke Majlis Adilfitri Daerah Raub

- Advertisement -

RAUB – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis jamuan Aidilfitri daerah Raub yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Raub di sini.

Kebarangkatan tiba baginda pada 2.30 petang diiringi anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut hadir Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, Pegawai Daerah Raub Datuk Mohammad Shahid Ismail dan Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.

Pada majlis yang berlangsung meriah itu, Seri Paduka dipersembahkan dengan tarian dan nyanyian lagu raya oleh murid Sekolah Kebangsaan Gali.

Selesai acara santapan, Al-Sultan Abdullah kemudian berangkat ke gerai-gerai yang menyediakan pelbagai hidangan dan berkenan mencuba juadah yang disediakan serta menzahirkan penghargaan terima kasih kepada petugas yang menghidangkan makanan tersebut.

Seri Paduka turut menyantuni pelbagai lapisan masyarakat yang teruja dengan kehadiran baginda selain memenuhi permintaan rakyat yang ingin berswafoto.

Selepas meluangkan masa hampir dua jam, Al-Sultan Abdullah meninggalkan majlis sambil melambaikan tangan kepada tetamu yang hadir.

Majlis anjuran gabungan jabatan dan agensi kerajaan daerah Raub itu dihadiri kira-kira 5,000 tetamu terdiri daripada kakitangan awam dan pelajar UiTM dengan 37 gerai pelbagai makanan disediakan.

Antara agensi yang mengambil bahagian ialah Pejabat Agama Islam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Majlis Daerah Raub. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat