HONOR Magic6 Pro Menawarkan Tontonan Tiada Tandingan Dengan Dolby Vision

- Advertisement -

HONOR Malaysia mengumumkan pelancaran flagship terbaharu Siri Magic, HONOR Magic6 Pro bersama Dolby Vision®. HONOR Magic6 Pro dilengkapi teknologi julat dinamik tinggi yang terkemuka dalam industry Dolby Vision untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik menerusi paparan warna yang cerah, kontras yang dipertingkatkan dan butiran lebih baik.

Dengan Dolby Vision, HONOR Magic6 Pro menghasilkan semula warna yang lebih kaya dan kontras lebih terang yang dapat memukau penonton. Selain itu, peranti ini menggabungkan kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz untuk visual lebih lancar yang bertindak balas dengan pantas kepada input pengguna. Pengalaman pengguna betambah berkualiti, sama ada peranti ini digunakan untuk permainan mudah alih atau aktiviti lain.

Naib Presiden APAC Marketing, Dolby Laboratories, Ashim Mathur berkata, “kami berbesar hati dapat berkerjasama dengan HONOR Malaysia untuk menggunakan Dolby Vision dalam HONOR Magic6 Pro. Dengan pelbagai warna yang mempesonakan, kontras lebih tajam dan butiran lebih kaya, Dolby Vision menawan anda dengan kualiti gambar dinamik yang menjadikan hiburan seperti sebenar. Pengguna HONOR kini boleh mengetahui bagaimana kandungan dalam Dolby Vision menjadi hidup untuk pengalaman hiburan yang lebih sempurna dan dalam, seterusnya membuatkan mereka sentiasa mahukan lagi.”

HONOR Magic6 Pro menawarkan Paparan LTPO Berkuasa Rendah Semua Julat 6.8 inci dengan resolusi 2800×1280 dan gamut warna DCI-P3 100 untuk visual tajam dan butiran terang. Di bawah sinaran matahari, paparan akan mencapai kecerahan puncak 5,000 nits untuk tontonan lebih jelas. Tambahan pula, HONOR Magic6 Pro didatangi inovasi Paparan LTPO 8T yang terkemuka dalam industri untuk mencapai kadar segar semula 1Hz pada kecerahan serendah 2 nit supaya Always-on Display (AOD) pertama Android menghasilkan paparan penuh.

Beralih ke paparan skrin, HONOR Magic6 Pro dilindungi Pelindung NanoCrystal HONOR yang adalah 10 kali ganda lebih rintang jatuh berbanding kaca biasa, malah ia turut diperakui persijilan Overall Glass Drop Resistance Ability Lima Bintang SGS dalam pelbagai senario.

Dalam pada itu, peranti ini berjaya memperoleh kedudukan teratas bersama Label Gold dalam lima kategori DXOMARK. Antaranya, HONOR Magic6 Pro telah mencatatkan markah tertinggi iaitu 157 mata dalam kategori Paparan.

Seterusnya, HONOR Magic6 Pro didatangi Kamera Tele Falcon 180MP, Kamera Utama Dinamik Super 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP untuk menangkap gambar menakjubkan. Telefon pintar ini turut dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua 5600mAh dan disokong pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W yang mencapai bateri penuh kurang daripada 40 minit.

HONOR Magic6 Pro dikuasakan cipset Mudah Alih Snapdragon 8 Gen 3 dan dioperasikan dengan HONOR MagicOS 8.0 terbaharu yang mengetengahkan pengecaman niat yang dipacu kecerdasan buatan (AI) untuk melancarkan interaksi antara manusia dengan mesin. HONOR Magic6 Pro tersedia dengan RAM 12GB dan storan 512GB. Ia didatangi dalam warna menarik Epi Green dan Black pada harga RM4,499.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro, sila layari laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat