Sistem E-wages Pastikan Pekerja Terima Gaji Tepat Pada Masanya – MEF

KUALA LUMPUR: Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata majikan tidak mempunyai alasan untuk tidak membayar gaji kepada pekerja tempatan dan asing dalam masa yang ditetapkan seperti yang diperlukan undang-undang.

“Sistem e-wages akan memastikan semua pekerja di negara ini termasuk pekerja asing dibayar gaji dan upah mengikut masanya seperti yang dijanjikan majikan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan baru-baru ini bahawa kementerian akan memperkenalkan sistem e-wages bagi memastikan setiap pekerja di negara ini termasuk warga asing dibayar gaji dan upah seperti yang dijanjikan majikan.

Sementara itu, MEF berkata pihak Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memperhalusi sistem e-wages yang pada masa ini berada di peringkat akhir sebelum dilaksanakan.

– BERNAMA

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Sektor Ekonomi Di Selangor Dibenar Beroperasi Mengikut SOP Ditetapkan – MITI

KUALA LUMPUR - Semua sektor ekonomi termasuk sektor perkilangan beroperasi di enam daerah di Selangor yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan...

Bursa Saham Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan yang tidak menentu hari ini berikutan keseluruhan sentimen pelabur kekal berhati-hati berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan...

Pekan Padang Besar Kembali Meriah Sepanjang Ramadan

ADANG BESAR: Pekan Padang Besar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand kembali meraih, apabila mula menjadi tumpuan orang ramai melakukan persiapan bagi menyambut 1 Syawal...