Najib tetap PM paling buruk di Malaysia- Dr M

KUALA LUMPUR – Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) didirikan di atas runtuhan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sudah pun setahun lebih berlalu, namun Tun Dr Mahathir Mohamad masih tetap tidak berganjak mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas ahli Kabinetnya yang disifatkan “merampas” kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Memetik laporan Malaysia Now, namun, komen paling keras beliau masih dihalakan terhadap Datuk Seri Najib Razak, orang yang bertanggungjawab membuat Mahathir keluar dari UMNO lima tahun lalu susulan skandal 1MDB.

“Mana-mana blok kerajaan yang ada Najib akan jadi buruk,” katanya selepas ditanya mengapa masih tidak boleh berdamai dengan kerajaan yang dipimpin Muhyiddin, walaupun perdana menteri PN itu jelas tidak memiliki hubungan yang baik dengan Najib.

Ketika menjelaskan beberapa hal mengenai Najib, Mahathir tidak meninggalkan beberapa kata kunci.

“Lelaki ini dikenali sebagai penjenayah. Curi sejumlah besar wang, gubah wang haram dan macam-macam (jenayah lagi). Dia juga didapati bersalah atas tujuh pertuduhan sehingga dijatuhi hukuman penjara 12 tahun,” katanya, merujuk sabitan tujuh pertuduhan ke atas Najib berkaitan kes SRC International yang berkait dengan 1MDB.

Dalam kes itu juga, kerajaan menemui jutaan dolar ditemui di dalam akaun bank peribadinya.

Bagaimanapun, berbanding Najib, Tun Mahathir sangat memandang tinggi terhadap bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein.

“Tun Razak dianggap sebagai perdana menteri terbaik yang pernah kita miliki. Oleh itu, saya fikir anak lelakinya sekurang-kurangnya akan jadi macam Tun Razak.

“Tetapi ternyata, (Najib) jadi pemimpin paling teruk,” katanya.

“Dia sudah curi wang, bukan satu atau dua dolar, tetapi jutaan dolar. Seluruh dunia kutuk negara ini, dari harimau Asia, kita menurun jadi kleptokrasi, sebuah negara yang diperintah oleh pencuri. Itulah yang terjadi ketika Najib menjadi perdana menteri.

Menurut Mahathir, punca penolakannya untuk menyokong Muhyiddin adalah kerana beliau berpandangan kerajaan PN memberi Najib peluang baru untuk hidup semula.

“Kami janji kepada rakyat selama pilihan raya bahawa kami akan jatuhkan Najib, dan kami berjaya lakukannya, tetapi sekarang anda lakukan sebaliknya, anda sebenarnya sudah membantu Najib mendapatkan semula kedudukan dalam kerajaan. Itu yang saya tak dapat terima,” katanya kepada MalaysiaNow dalam sejam temu bual bersama beliau menumpukan isu-isu berkisar politik, satu subjek yang beliau bicarakan dengan penuh semangat walaupun berada di luar tampuk kuasa pentadbiran.

Dua tahun lalu, ahli politik berusia 95 tahun itu mencapai satu lagi kejayaan: beliau yang dianggap sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia, turut digelar sebagai perdana menteri tertua di dunia.

Namun pada Februari 2020, Mahathir mengundurkan diri setelah hampir dua tahun menjadi perdana menteri.

Beliau berulang kali berkata pengunduran dirinya adalah kerana dirinya tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Bagaimanapun, pengkritik menyalahkan beliau kerana mencetuskan kejatuhan kerajaan PH, dan mulai bersikap dingin.

Ketika ini, Mahathir menerima pengunjung di Yayasan Kepimpinan Perdana, sebuah kompleks yang tersorok oleh bangunan lain di Putrajaya, kota yang beliau bina sebelum mengundurkan diri setelah 22 tahun berkuasa.

Namun, sejak tidak lagi memegang kuasa pentadiran, Mahathir selalu memiliki masalah dengan tiga lagi penyewa yang mendiami Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri tidak jauh dari situ.

 

Selain beliau, rumah itu juga dihuni tiga lagi bekas perdana menteri lain: Tun Abdullah Badawi, Najib Razak, dan sekarang, Muhyiddin Yassin.

Namun hanya Najib yang sukar untuk beliau terima, mengenangkan pendedahan mengejutkan bagaimana berbilion dolar dari 1MDB masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Mahathir sangat komited ketika menyingkirkan Najib, sehingga beliau menguburkan permusuhan dengan pesaingnya, Anwar Ibrahim, orang yang dianggap musuh politik utamanya satu ketika dulu.

Bagi seorang lelaki yang dianggap sebagai diktator oleh musuhnya itu, ia adalah sebuah kompromi yang besar.

Najib adalah antara ahli Parlimen Umno yang memberikan sokongan kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan.

Namun, Muhyiddin secara terang-terangan menolak untuk menyelamatkan Najib daripada pelbagai pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Pun begitu, Mahathir masih belum bersedia untuk menerima kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin.

Hingga hari ini, beliau menegaskan Muhyiddin menolong Najib.

“(Dia tolong) namun tidak sampai lepaskan Najib, itulah apa yang Najib mahu,” akui Mahathir.

“Tetapi di sisi lain, Muhyiddin menerapkan jenis kerajaan sama seperti Najib,” kata Mahathir mendakwa Muhyiddin menawarkan jawatan kerajaan sebagai pertukaran sokongan politik.

Mahathir juga dilihat tidak senang dengan pendekatan Bersatu, parti yang diasaskannya bersama Muhyiddin.

“Dia sampai tukar Bersatu daripada parti Melayu menjadi parti berbilang kaum. Apa yang dilakukan Muhyiddin sama sekali bertentangan dengan apa yang dia janji untuk laksanakan ketika bersama saya dalam Bersatu,” katanya.

Mahathir menegaskan “kluster mahkamah” – istilah pandemik yang digunakan terhadap Najib dan bekas pemimpin kerajaan lain yang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah – tidak sepatutnya bergantung dengan sokongan politik.

“Apa yang terjadi ketika ini dia bergantung pada mereka. Kluster mahkamah, ada kira-kira enam atau tujuh orang daripada mereka, jika orang-orang ini undurkan diri, kerajaan dia akan runtuh. Jadi dia bergantung pada mereka ini,” katanya.

Bagi Mahathir, kritikan Najib terhadap Muhyiddin adalah tidak relevan.

“Dia masih harap dapat tekan Muhyiddin bantu elak dirinya dari dipenjarakan.

Pada bulan Julai tahun lalu, hampir enam bulan selepas Muhyiddin berkuasa, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun bagi sabitan tujuh pertuduhan.

Bagaimanapun, Mahathir masih tidak yakin.
Bagi beliau, Muhyiddin yang pernah bergantung kepada Najib dan yang lain adalah hakikat bagaimana perdana menteri mendapat majoriti di Parlimen.

“Dia (Muhyiddin) tidak mahu tolong mereka, tetapi pada masa yang sama, dia perlukan pertolongan mereka. Di sisi lain, mereka juga memerlukan pertolongannya. Jadi, situasinya sama,” tambahnya.

Sejak sabitan kesnya tahun lalu, Najib muncul sebagai pengkritik terbesar Muhyiddin, menjadikan itu sebagai motivasi terpenting membuat hantaran harian di media sosial mengkritik kerajaan PN.

Mahathir berkata walaupun semua apa yang dikatakan Najib itu benar, Najib masih tidak dapat buat apa yang dikatakannya.

Mahathir turut menegaskan Najib tidak mempunyai pilihan lain selain menyokong PN, termasuk menyokong Belanjawan 2021 pada Disember lalu.

Jadi, persoalannya adakah Najib masih memiliki masa depan cerah dalam politik?

“Najib fikir kalau dia dapat pengampunan, dia akan jadi perdana menteri lagi sekali. Itulah matlamatnya ketika ini, dia tidak dapat cukup sokongan untuk gulingkan Muhyiddin.

“Di Parlimen, dia akan berikan sokongan, di luar, dia tunjuk seolah-olah menentang Muhyiddin,” jelasnya.

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...