1,767 Kes Baru Covid-19, 12 Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan 1,767 kes positif baharu COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan jumlah kes tertinggi sebanyak 607 kes diikuti Selangor sebanyak 483 kes.

Ini menjadikan kes kumulatif jangkitan setakat ini kepada 363,940.

Daripada jumlah itu, sembilan kes adalah import yang mendapat jangkitan daripada luar negara.

“Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 319 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya dalam kenyataan harian.

Sementara itu, sebanyak 1,290 kes sembuh direkod hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 346,295.

Terdapat 12 kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Sabah dan Sarawak, tiga kes di Selangor dan satu kes di Terengganu. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat