168 Pesakit Pulih, 134 Kes Jangkitan Baru dan Satu Kematian Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa seramai 168 pesakit positif Covid-19 telah pulih dan dibenarkan keluar hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 2,276 kes.

“Sehingga 13 April 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 134 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,817 kes,” katanya dalam sidang media harian di KKM hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, seramai 66 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah tersebut, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan.

KKM turut memaklumkan terdapat satu kes kematian hari ini melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

“Beliau merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada 13 April 2020 jam 9.15 pagi,” kata Noor Hisham lagi.

Kumulatif kes kematian Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 77 kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat