Dakwa larangan laung azan guna pembesar suara di Masjid Ayer Kuning, lelaki disiasat MCMC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R yang menyentuh sensitiviti agama.

MCMC dalam kenyataan pada Khamis berkata, kandungan berkenaan dipercayai dimuat naik menerusi laman aplikasi Facebook miliknya pada 9 Mac 2025 lalu yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan ketika ini.

Sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut telah dijalankan di Balai Polis Taiping semalam (12 Mac 2025).

Sebuah telefon bimbit serta satu sim kad telah disita bagi tujuan analisis forensik.

“Terdahulu, pasukan Penguatkuasa MCMC telah menyerahkan satu notis kehadiran di bawah seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kepada individu terbabit bagi menghadiri sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali,” kata kenyataan itu lagi.

Justeru, MCMC ingin menasihatkan kepada orang ramai agar menggunakan platform media sosial dengan penuh tanggungjawab serta berhemah dan tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang kandungan berunsur 3R yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama di negara ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat