Uqasha Senrose dakwa terima ugutan individu tak dikenali

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Kamal Adli kini mula sedarkan diri, namun, masih lemah selepas diserang individu tidak dikenali saat berada di ekspo yang berlangsung di Singapura, malam semalam.

Berita itu dikongsikan isteri yang juga pelakon, Uqasha Senrose menerusi hantaran di Instagram Story, hari ini.

“Alhamdulillah. Kamal dan sedar dan masih mamai. Harap semua doakan keselamatan kami dan juga keselamatan kalian.

“Akhir zaman. Yang lain, Uqasha dan Kamal serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” tulisnya.

Uqasha sebelum ini berkongsi mengenai individu tidak dikenali itu yang secara tiba-tiba menyerang suaminya di negara republik itu.

“Ketika pihak polis menjalankan tugas mereka, saya sempat melihat nama individu itu di kad pengenalannya. Namanya Islam, tapi dia bertatu,” katanya.

Di Instagram Story juga, Uqasha memuat naik tangkap layar mesej daripada nombor telefon tidak dikenali, mengugut Kamal.

“Hey! Pesan sama Kamal Adli anjing itu, aku mesti bunuh dia. Aku mesti seksa dia habis-habisan. Semua anjing keparat,” tulis individu itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat